Video Masterclass

Aku Belajar Lebih Banyak Dari YouTube Berbanding Di Sekolah

October 30, 2025
Aku Belajar Lebih Banyak Dari YouTube Berbanding Di Sekolah

Kalau sebut pasal belajar, kita mesti bayangkan buku buku, nota panjang, dan kelas yang buat kita mengantuk. Lepas tu mesti kena ada guru depan mata yang mengajar pelbagai subjek. Tapi sekarang, bila sebut pasal belajar, banyak lagi medium lain yang kita boleh guna macam YouTube, Skillshare dan Udemy. Inilah tempat yang aku guna untuk cari pelbagai ilmu dan pengetahuan pada zaman sekarang ni termasuk lah untuk jana side income.

Sejujurnya, aku belajar tentang bisnes, design, marketing dan mindset dari Youtube. 
Bukan dari kelas formal.
Dan yang paling best, semua tu aku belajar dari rumah sambil santai santai minum kopi. 

Kenapa YouTube Jadi Game Changer Untuk Aku

Zaman sekarang, ilmu bukan lagi benda yang eksklusif.
Dulu kalau nak belajar benda baru kena bayar ribu-ribu, pergi kelas, tak pun kita terpaksa tunggu kalau ada sebarang peluang.
Tapi sekarang?
Hanya perlu buka laptop, taip “how to start business”, terus akan terus keluar beribu video depan mata.

Dan youtube pula dah macam universiti terbuka. Apa saja maklumat atau ilmu yang kau nak cari, semua ada dalam youtube. Namun, ada satu perbezaan besar. Samada kita gunakan youtube untuk dapatkan ilmu dan skill baru, atau kita cuma sekadar buang masa scroll menonton video-video random yang ada.

Video yang tepat akan ajar kau langkah demi langkah.  
Bagi kau struktur dan berfokus, bukan sekadar info random.
Video yang tepat akan bagi big picture, dari kenapa, macam mana, hinggalah apa yang kau perlu buat seterusnya.

Macam Mana Aku Start Belajar Dari Masterclass

Aku mula masa PKP dulu.
Betul. Masa tu ada banyak masa terluang, tapi kepala serabut sangat sebab income merosot. 

Gaji aku kena potong hampir separuh. Alasan bos aku dulu, company kena cut off banyak benda dan berjimat-cermat untuk terus wujud.

Start dari situ, aku cari video 'macam mana nak buat duit online'. Alhamdulillah, Aku terjumpa satu kursus pendek kat Skillshare pasal Freelance Writing.

Dari situ aku belajar:

  • Cara buat portfolio walaupun tak ada klien.
  • Cara menulis ayat jualan yang boleh convert.
  • Cara nak bina personal brand sendiri dari kosong.

Lepas seminggu belajar, aku terus praktik kan dan dapat klien pertama dari Fiverr!
Masa tu aku sedar,

“Ilmu percuma atau murah pun boleh ubah hidup kau kalau kau betul-betul amalkan.”

⚙️ Kenapa Belajar Guna Video Lagi Senang Nak Faham

  1. Visual senang nak hadam.
    Aku jenis cepat bosan kalau baca teks panjang. Tapi bila tengok video, especially yang tunjuk step-by-step, terus faham.
  2. Boleh ulang banyak kali.
    Tak macam kelas fizikal, kau boleh rewind video 100 kali kalau tak faham.
  3. Belajar ikut masa sendiri.
    Kau boleh pause, keluar minum, sambung balik. Tak perlu mengejar jadual orang lain.
  4. Sumber global.
    Nak belajar dari pakar US, UK, Jepun, semua ada.
    Kau literally boleh belajar dari mana-mana tempat kat dunia ni.

📚 Platform Masterclass & Panduan Video Terbaik Yang Aku Guna

1. YouTube (Free Tapi Power Gila)

Ya, YouTube ada banyak konten sampah, tapi kalau kau tahu cari, dia jadi universiti percuma.

Contoh channel yang aku suka:

  • Ali Abdaal (Produktiviti & Pasif Income)
  • Think Media (Video Tutorial & YouTube Growth)
  • Deep Dive (Mindset & Habits)

💡 Pro tip: Guna keyword “tutorial + [skill kau nak belajar] + [tahun]” untuk dapatkan content paling latest.

2. Skillshare (Untuk Yang Suka Kreatif & Freelance)

Website: https://www.skillshare.com

Kat sini, aku belajar:

  • Copywriting
  • Video editing (guna CapCut & Premiere)
  • Design Canva & Figma
  • Personal branding

Yang best, kelas dia pendek, 15-30 minit, tapi padat.
Dan setiap topik akan ada project sebenar untuk test apa kau dah belajar.

💡 Tip: Guna free trial 30 hari dulu, lepas tu pilih kelas yang paling related dengan kerja / bisnes kau.

3. Udemy (Kalau Kau Nak Ilmu Teknikal Serius)

Website: https://www.udemy.com

Udemy ni macam “supermarket” ilmu.
Nak belajar coding, AI, automation, marketing, bisnes digital, Excel, semua ada.

Yang best,  bila beli satu kursus, akses tu kekal seumur hidup.
Kau boleh ulang tahun depan pun takde masalah.

💡 Pro tip: Jangan beli harga penuh. Udemy selalu buat sale sampai 90% off. Haa tunggu masa tu baru kau beli!

4. Domestik: Platform Malaysia Pun Dah Power Sekarang

Contoh:

  • EUsahawan (MDEC) : kelas digital marketing untuk usahawan kecil.
  • Kelas Shopee / TikTok Shop : belajar cara menjual produk dengan tepat.
  • Akademi YouTuber Malaysia : free untuk cikgu & content creator.

Serius, ramai tak tahu benda ni free tapi content dia jauh lebih relevan untuk pasaran Malaysia.

🧠 Apa Aku Belajar Sepanjang Tengok Masterclass Ni

  1. Ilmu tak ada makna kalau tak diamalkan.
    Aku dulu suka kumpul kursus. Bahkan sampai 10 kelas aku simpan, tapi tak amalkan.
    Sekarang aku buat satu prinsip: 1 kelas, 1 tindakan serta merta.
  2. Tak perlu tahu semua, cukup fokus satu skill dulu.
    Ramai orang tersangkut sebab nak belajar semua benda serentak.
    Pilih hanya satu skil dulu, katakan copywriting.
    Bila dah pandai, baru tambah skill lain macam Canva & SEO.
  3. Selepas kau belajar, ajar pula orang lain.
    Bila aku mula berkongsi apa aku belajar di TikTok / blog, aku sendiri semakin faham.
    Sebab bila kau mengajar, kau sendiri kena cuba jelaskan semula dengan bahasa yang mudah.

💻 Sekarang Aku Buat Panduan Video Sendiri

Lepas 2 tahun belajar, aku mula hasilkan mini masterclass sendiri.
Topik digital dan kerja online.
Bukan sebab aku pakar.
Tapi sebab aku tahu rasanya jadi orang yang start dari kosong.

Aku rekod video pendek guna CapCut dan Canva. Mic pun harga RM50 je. Edit sendiri dan upload kat TikTok dan YouTube.
Surprisingly, ramai yang komen “Thanks bro, ni baru mudah faham.”

Masa tu aku sedar satu benda penting:

Kadang-kala orang tak perlukan mentor yang mahal, cukup dengan seseorang yang pernah lalui jalan yang sama.

💬 Real Talk: Jangan Tunggu Pandai Baru Nak Mula

Ramai orang tak mula sebab rasa  “aku tak cukup bagus nak buat video.”
Aku pun dulu fikir macam tu. 
Suara tak sedap, kamera murah, confident langsung tak ada.

Tapi bila aku start, baru aku faham.
Orang tak kisah kalau kau tak perfect, orang kisah kalau kau jujur.
Selagi kau berkongsi dengan niat nak membantu, orang akan dengar.

Dan bila kau dah start buat 10 video, 20 video, percayalah kau akan nampak progress gila-gila.

Confidence naik, quality naik, income pun turut sama naik.

🌱 Kesimpulan: Belajar Zaman Sekarang Dah Tak Sama Macam Dulu

Sekarang semua orang ada peluang sama.
Bezanya samada kau gunakan sepenuhnya peluang tu atau biar je ia berlalu.

Video masterclass ni bukan sekadar trend semata-mata.
Tapi cara baru manusia berkembang.

Kau boleh belajar apa saja.
Dari masak rendang sampai coding, dari buat content hingga bina bisnes.
Semuanya dari skrin depan mata!

Kalau kau luangkan masa sejam sehari untuk tengok dan praktik video berkualiti,
Percayalah dalam tempoh hanya 6 bulan, hidup kau takkan sama macam hari ini.

Artikel Berkaitan
Dari modal kosong sampai dapat income online Malaysia - kisah sebenar buat duit dari rumah
Bisnes Online

Dari Modal '0' Sampai Dapat Income Online

Rahsia Disebalik Kemampuan AI ‘Memahami’ Manusia
AI & Automation

Rahsia Disebalik Kemampuan AI ‘Memahami’ Manusia

Kerja Keras Tak Semestinya Kaya
Pasif Income

Kerja Keras Tak Semestinya Kaya