Bisnes Online

Dari Modal '0' Sampai Dapat Income Online

November 4, 2025
Dari modal kosong sampai dapat income online Malaysia - kisah sebenar buat duit dari rumah

Aku tak pernah plan nak jadi usahawan. Serius.. dulu aku cuma fikir nak kerja elok-elok, dapat gaji tetap, lepas tu hidup tenang. Tapi makin lama kerja, makin aku rasa… hidup struggle. Gaji naik sikit, tapi harga barang naik melambung lambung.

Setiap hujung bulan mesti ulang benda sama.. duit cukup cukup untuk survive je, tapi tak cukup untuk teruskan hidup. Nak bagi kat mak ayah rasa berat betul, apatah lagi nak menyimpan. Satu malam, aku termenung depan laptop, bila aku check akaun bank, baki tinggal RM86.43.. aku tergelak sendiri beb.

“Macam ni ke aku nak terus hidup sampai pencen?”

Masa tu aku tekad. Aku kena cari jalan lain... bukan untuk kaya, tapi boleh buat aku bernafas sikit pun jadi la. Dari situ aku mula kenal dunia bisnes online.

Permulaan: Aku Tak Tahu Apa-Apa, Tapi Aku Try je

Masa aku start aku betul-betul “zero”. Tak tahu beza antara dropship, affiliate, dengan produk digital. Yang aku tahu cuma satu je.. orang lain boleh buat duit online, aku pun mesti boleh. 

Aku start dengan Shopee Affiliate sebab tak perlukan modal langsung. Aku mula promote link barang yang viral macam air fryer, mop magic, sabun viral dan aku share dekat TikTok bio aku. Aku ni tak pandai edit video, yang aku tahu cara paling basic je... rakam guna phone, aku tunjuk produk yang aku guna sendiri sambil aku explain.

Mula-mula video aku dapat 10 view. Tu pun dah kira nasib baiklah. Sales pulak memang takde langsung. Tapi aku tak berhenti. Aku terus belajar cara buat caption yang menarik, cari timing post yang betul, dan cara buat iklan “hook” untuk tarik viewers.

Dan lepas dua minggu, aku dapat notification buat kali pertama “Anda telah menerima komisen sebanyak RM3.72.”

Aku happy giler, macam orang baru dapat bonus. Bagi aku, bukan sebab nilai tu tapi sebab aku sedar yang “eh, benda ni sebenarnya memang real! Memang boleh buat duit!”

Dari RM3.72 ke RM300 – Aku Belajar Satu Persatu

Lepas tu aku jadi ketagih nak belajar. Setiap malam lepas balik kerja aku layan video YouTube tentang affiliate marketing, copywriting, dan algoritma TikTok. Aku belajar buat review "soft sell", bukan “hard sell.” Aku cerita pasal value dan pengalaman aku guna produk tu, lepas tu baru letak link.

Dalam sebulan, komisen aku meningkat jadi RM300+. Bagi orang lain mungkin tak banyak, tapi bagi aku besar nilainya.

Daripada situ aku mula terfikir,

“Kalau benda ni boleh jadi side income, maknanya aku boleh buat jadikan ia satu bisnes yang real”

Dan jawapannya.. boleh.

Aku Kembangkan Ke Arah “Real bisnes”

Aku mula buat blog sendiri, bukan bergantung pada platform lain. Aku tulis artikel tentang cara nak buat duit, review produk, dan panduan untuk freelance.

Mula-mula trafik blog aku kosong. Tapi aku konsisten, setiap minggu aku tulis 1 artikel panjang, at least 1,500 patah perkataan. Aku belajar pasal SEO untuk naikkan ranking blog aku dekat Google.

Selepas 3 bulan, aku dapat email dari Google AdSense:

“Your site has been approved for monetization.”

Waktu tu aku rasa macam dapat peluang besar depan mata. Setiap kali traffic masuk kat blog aku, orang baca artikel dan iklan, aku mula nampak duit masuk tak kira masa.

Lepas aku buat Affiliate, Aku terjun ke Dunia Produk Digital

Satu hari, aku nampak kawan aku jual template Canva dekat Gumroad. Dia kata dia buat sekali je, lepas tu orang beli hari-hari.

Aku cuba buat benda sama, aku design planner bajet bulanan 2025, upload kat Gumroad, letak harga dalam USD4.00. Aku promote sikit-sikit kat TikTok dan blog aku.

Sebulan pertama? Satu pun tak terjual. Tapi bulan kedua, ada sorang US beli satu. Tak besar nilainya, tapi bila aku fikir balik, tak kisahlah sebab aku tengah tidur pun boleh dapat duit dalam USD.

Dari situ aku faham satu benda penting:

“Bisnes online bukan pasal cepat kaya, tapi macam mana kita boleh konsisten buat duit”

Bila kau dah setup betul-betul, walaupun kecil nilainya, duit tu akan jalan sendiri.

Selepas 5 tahun, Inilah yang aku belajar tentang bisnes online

1. Tak Perlukan Modal Besar

Ramai orang takut nak mula bisnes sebab fikir kena ada modal RM5,000 atau RM10,000. Padahal sebenarnya modal kita ialah masa dan fokus. Yang penting, kau kena buat.. bukan tunggu.

2. Ilmu Percuma Ada Di Mana-Mana

Zaman sekarang tak ada alasan untuk tidak belajar. YouTube, TikTok, ChatGPT, itu semua benda percuma. Tak payah join course yang mahal, kau cuma perlu rajin cari dan praktik apa yang kau belajar.

3. Consistency Beats Talent

Aku kenal ramai orang yang pandai tapi tak pernah nak start. Yang berjaya bukan paling bijak, tapi paling konsisten. Post hari-hari, belajar hari-hari, improve sikit-sikit. Lama-lama, hasil akan datang sendiri.

4. Bina Personal Branding

Jangan sekadar jual barang, yang penting kena bina trust. Orang akan beli sebab trust, bukan semata mata sebab produk. Aku guna pendekatan “buat engagement dulu, jual kemudian.” Bila orang percaya, nak jual apa pun senang.

5. Pelbagaikan Income

Lepas kau dah stabil satu sumber income, usaha untuk tambahkan sumber lain pulak. Macam aku buat sekarang:

  • Ada blog (AdSense)
  • Ada affiliate (Shopee + Involve Asia)
  • Ada produk digital (Gumroad)
  • Ada servis freelance (website + artikel)

Kalau satu sumber jatuh atau bermasalah, ada tiga lain boleh support. Income kau takkan mati kat situ.

Real Talk: Tak Semua Hari Indah

Secara jujurnya, bukanlah setiap hari aku bersemangat. Ada masa rasa penat, ada masa rasa macam “kenapa aku buat semua ni?” Kadang buat 10 konten, satu pun tak viral. Kadang blog trafik jatuh sebab algoritma berubah.

Tapi bila aku tengok balik, setiap kali aku bertahan, hasilnya pasti takkan sia-sia. Perniagaan online ni ibarat macam tanam pokok duit. Kau siram hari-hari, kau tak nampak pun pokok tu tumbuh tapi tiba-tiba, satu hari kau akan tersedar pokok tu membesar dan berbuah.

Nak Mula? Ini panduan untuk kau

  • Tentukan minat dan kekuatan.
    Kau suka bercakap? Buat TikTok.
    Suka menulis? Buat blog.
    Suka design? Buat template atau jual servis.
  • Pilih platform sesuai.
    Produk Fizikal → Shopee / TikTok Shop
    Produk Digital → Gumroad / Etsy
    Affiliate → Shopee / Involve Asia
    Servis → Fiverr / Upwork
  • Cari simple sistem.
    Ada tempat jual → platform, Ada medium tarik traffic → TikTok/blog, Ada sistem payment → ToyyibPay/PayPal. Tu je.
  • Konsisten buat konten.
    Setiap hari share value bukan sekadar jual.
    Bagi tips, tunjuk behind the scenes, kongsi pengalaman.
    Orang akan percaya dulu, baru beli.
  • Sabar & pantau data.
    Bisnes online bukan “hari ni post, esok kaya.”
    Tengok analytics, tengok apa orang suka, ubah strategi ikut data.

Aku Sekarang

Sekarang aku masih kerja, tapi hidup aku lebih tenang. Sebab aku tahu kalau jadi apa-apa, aku ada sumber income lain yang jalan sendiri. Affiliate aku masih bagi hasil, produk digital aku masih terjual, dan blog aku semakin banyak traffic.

Kadang kadang ada jugak orang tanya,

“Apa rahsia kau boleh kekal buat bisnes online bertahun-tahun?”

Aku jawab simple je:

“Aku tak tunggu, aku cuma buat terus tanpa henti”

Kesimpulan: Permulaan kecil tak bermakna takkan berjaya

Kau tak perlu tunggu ada pejabat, team, atau modal besar. Yang penting, kau mula sekarang. Setiap sen pertama tu lebih bermakna dari seribu alasan untuk tidak mula.

Sebab bisnes online ni bukan untuk orang pandai, tapi untuk orang yang sanggup belajar dan tak cepat give up.

“Do something today that your future self will thank you for.”

Bila satu hari nanti, kau buka akaun bank dan terima notification “Payment received”, kau akan tersenyum sambil fikir,

“Nasib baik aku mula dulu.” 

Artikel Berkaitan
Macam Mana Nak Fokus Bila Otak Kau Serabut
Minda & Motivasi

Macam Mana Nak Fokus Bila Otak Kau Serabut

Kerja Senang, Income Masuk Lebat, Ini Cara Aku
Pasif Income

Kerja Senang, Income Masuk Lebat, Ini Cara Aku