5 Jenis Pasif Income Paling Senang Untuk Start
Kerja 5 hari seminggu. Setiap pagi bangun seawal 4-5 pagi bersiap pergi kerja sebab nak elakkan traffic jam. Masalah kat tempat kerja pula yang tak pernah habis.
Waktu kerja habis sampai rumah lepas maghrib.
Akhir bulan bila gaji masuk, bayar itu ini tengok baki yang tinggal still tak cukup untuk survive ke akhir bulan.
Pernah tak kau terfikir yang sampai bila nak hidup macam ni.
Gaji pulak cukup cukup makan je. Kadang kadang tu memang tak cukup. Itu lah yang aku rasa sebelum ni.
Tapi ada satu hari tu, aku tersedar satu perkara.
Benda paling mahal dalam hidup, sebenarnya bukan duit tapi masa.
Betul lah bak kata orang. Masa itu emas. Masa itu sangat mencemburui kita. Bila sibuk dengan kerja kita rasa betul betul tak cukup masa. 24 jam sehari rasa tak cukup. Rasa sangat sibuk tapi hasilnya tak seberapa.
Alasan itulah yang buat aku mula cari cara buat duit walaupun aku tengah tidur.
Bukan sebab aku malas bekerja, tapi sebab aku penat hidup kejar duit tanpa henti. Penat kerja siang ke malam tapi hasilnya tak seberapa, malah kadang tak cukup pun beb.
Aku mula cari cara buat duit yang lebih bijak. Aku belajar pasal pasif income.
Alhamdulilah, sekarang aku dapat menuai hasil dengan apa yang aku belajar sebelum ni.
Dalam dunia moden sekarang, pasif income bukan lagi perkara yang mustahil atau untuk golongan tertentu sahaja. Kalau dulu, orang kaya yang ada modal besar je yang boleh buat pasif income ni.
Sekarang, sesiapa pun boleh buat asalkan tahu caranya.
Jadi, Apa Sebenarnya Pasif Income?
Senang je nak faham.
Pasif Income = Kau usaha sekali, tapi hasil dia berulang kali.
Ok jom kita tengok contoh:
- Tulis eBook sekali - jual bertahun-tahun.
- Buat channel YouTube - views lama pun masih dibayar.
- Buat sistem affiliate - komisen jalan sendiri.
Tapi kena ingat juga tau, tak ada istilah ‘duit jatuh dari langit’.
Kau kena setup dulu, kena usaha dulu, baru dia boleh jalan sendiri.
Sebelum kau nak duduk saja buat dulu, kau kenalah usaha dulu. Lepas tu baru boleh duduk saja pun duit masuk!
Affiliate Marketing (Duit Masuk Bila Orang Klik Link Kau)
🔥 Level susah: 3/10
💰 Modal: RM0 – RM100
⌛ Setup sekali, hasil berulang kali.
Affiliate ni antara cara paling cepat nak start sekarang.
Kau join program (macam Shopee, Involve Asia, atau TikTok Shop), dapat link khas, dan bila orang beli melalui link tu, kau dapat komisen.
Contoh:
Kau buat TikTok review barang dapur viral → orang klik beli → masuk RM3–RM10 satu jualan.
Kalau 50 orang beli sehari = RM300.
Sebulan? RM9,000 bro.
Tips!
Cari niche yang orang memang suka beli macam barang rumah, skincare, atau gadget murah.
Dan paling penting, share dengan jujur, review barang sebaik mungkin dan bukan spam link.
YouTube Channel (Video dah Lama, Duit Tetap Masuk)
🔥 Level susah: 6/10
💰 Modal: Percuma (guna phone pun boleh)
⌛ Perlukan usaha yang tinggi pada awalnya, untuk dapatkan hasil jangka panjang.
YouTube ni ‘mesin duit jangka panjang’.
Bila kau dah capai syarat (1,000 subscriber + 4,000 jam tontonan), iklan akan mula keluar, dan setiap kali orang tengok, kau akan dibayar.
Tapi rahsia sebenar dia, video yang evergreen.
Niche video yang orang cari sepanjang masa.
Contoh:
- “Cara edit video guna CapCut”
- “Resepi nasi goreng simple”
- “Cara buat duit online”
Video yang macam tu boleh jana income sampai bertahun-tahun, walaupun kau dah tak upload video baru. Video lama tu akan sentiasa jana income pasif untuk kau.
EBook / Digital Product (Ilmu Kau Jadi Aset)
🔥 Level susah: 4/10
💰 Modal: RM0 – RM50 (bergantung platform)
⌛ Usaha sekali, jual berulang kali.
Kalau kau suka menulis, atau ada ilmu yang orang perlukan, kau boleh buat eBook atau template.
Antara contoh eBook yang high demand :
- eBook “Cara Buat Duit Dengan Affiliate”
- eBook “Cara Untuk Turunkan Berat Badan”
- eBook “50 Resepi Mudah"
Kau boleh jual kat platform macam Gumroad, Etsy, Notionpress.
Dan yang bestnya, audience dari serata dunia.
Orang dari US pun boleh beli eBook kau. Market serata dunia!
Invest Dalam ASB / Saham Dividen (Duit Kerja Untuk Kau)
🔥 Level susah: 2/10
💰 Modal: RM100 ke atas
⌛ Sederhana, tapi stabil & selamat.
Ni paling klasik tapi underrated.
Kau letak duit kau, duit kerja untuk kau.
Contoh:
RM10,000 dalam ASB, dividen 4.5% = RM450 setahun.
Kalau tambah sikit-sikit tiap bulan, snowball makin besar.
Kalau saham pula, pilih syarikat stabil macam TNB, Maybank, Petronas Gas.
Dapat dividen tahunan + kenaikan harga saham.
Tips!
Guna apps macam Bursa Anywhere atau FSMOne untuk track pelaburan.
Dan baca sikit pasal ‘compounding interest’ tu rahsia sebenar income berterusan.
Jual Template / Design Online (Buat Sekali, Duit Masuk Banyak Kali)
🔥 Level susah: 5/10
💰 Modal: Percuma (guna Canva, Figma, Notion)
⌛ Usaha kreatif, hasil jangka panjang.
Kalau kau ada skill buat design, ni memang lubuk buat duit.
Kau boleh jual template di Canva Creator Program, Creative Market, Etsy, atau Notion Template Hub.
- Template “Content Planner 2026”
- Template “Business Budget Sheet”
- Template “Personal Branding Kit”
Sekali orang beli, kau dapat duit.
Lagi ramai guna, lagi banyak royalti.
Tips!
Gunakan keyword yang trending. Keyword yang trending berpeluang besar untuk reach audiens yang lebih besar.
Contoh: “social media pack”, “Instagram template”, “resume modern”.
Kau tak perlu viral, 10 orang beli sehari, dah lebih dari cukup!
BONUS: Gabungkan Dua Atau Tiga Sekali
Kalau kau nak dapatkan hasil yang lebih cepat, jangan buat satu je.
Kau boleh gabungkan dua cara untuk saling support antara satu sama lain.
- YouTube + Affiliate (letak link bawah video).
- Blog + EBook (guna artikel untuk jual eBook).
- TikTok + Template (bagi free sample, jual full version).
Lagi banyak aliran income yang kau guna, lagi stabil kewangan kau.
Kalau satu slow, satu lagi cover. Income kau boleh masuk dari pelbagai sumber.
Tapi Hati-Hati, Bukan Semua ‘Pasif Income’ Itu Real
Kalau ada orang datang bagitau kau, ada modal RM100 dapat RM1,000 seminggu,
Lari awal-awal. Jangan terpedaya lalu tersungkur kemudian hari.
Pasif income dengan jalan yang betul akan ambil masa, tapi kekal lama.
Yang tipu, cepat dapat, cepat hilang. Tapi selalunya tak dapat apa pun.
Kalau nampak macam scam, memang biasanya scam.” Scammer ada di mana-mana bro.
So kalau kau nak buat, pastikan:
- Kau faham sistem dia.
- Kau boleh kawal akaun sendiri.
- Kau boleh teruskan walaupun orang lain berhenti. Tak bergantung pada sesiapa.
Kesimpulan: Mulakan Langkah, Jangan Tunggu Miracle sampai!
Kalau sebelum ni kau cuma berfikir untuk jana income, sekarang ni dah tiba masa kau buat betul-betul.
Tak perlu tunggu kaya. Tak perlu modal besar. Jangan beri apa-apa alasan.
Start kecil, tapi jalan. First step tu yang kau perlu buat. Selagi kau tak gerak untuk first step, kau takkan kemana beb.
Bila kau dah start, masa tu kau mula dapat;
- RM5 pertama affiliate.
- 1 eBook pertama terjual.
- 1 video pertama dapat 1,000 views.
Itulah tanda sistem kau dah mula hidup untuk jana hasil.
Dan bila sistem tu hidup, itulah pasif income yang sebenarnya.
Duit akan terus bekerja untuk kau, walaupun kau tengah tidur.